Thursday 21 June 2012

UJIAN PETARAFAN PENGAKAP RAJA 2012 (4 - 7 JUN 2012)

Tarikh: 4 - 5 Jun 2012
Tempat : Kem Jubli Intan Pengakap Tanjung Laboh
Peserta : Calon Pengakap Raja; Hazwani binti Mahadi

Tahniah kepada satu-satunya calon pengakap raja 2012, Hazwani Mahadi kerana ketabahan hatinya menyempurnakan ujian yang sangat mencabar. Diharapkan adik-adik pengakap dapat menjadikan 'Kak Wani' sebagai contoh untuk membuktikan ahli pengakap perempuan juga mampu berjaya. Bagi Ahli pengakap lelaki, buktikan kelelakian anda dengan menjadi calon pengakap Raja!


kenangan bersama Pesuruhjaya Latihan Negara






PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA PENGAKAP MUDA 2012

Assalamualaikum dan Salam Pengakap! Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Perkhemahan Ujian Lencana Pengakap Muda 2012. Seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagian. terima kasih segunung intan kepada AJK, fasilitator, petugas-petugas, dan mentor-mentor yang telah membantu. Semoga Allah memberkati jasa kalian.amin. Diharapkan agar program ini memberi pengalaman bermakna dan semoga program sebegini pada tahun hadapan akan lebih baik.insyaAllah.Gambar untuk aktiviti ini boleh dilihat di http://www.facebook.com/joker panggung .Kredit untuk Joker Panggung.Terima Kasih.

sebahagian ahli jawatankuasa yang terlibat

peserta yang berjaya menempuh 3hari2malam




"SELALU SEDIA untuk PANDANG LUAS"

Saturday 16 June 2012

Jambori Pengakap Jutaan Belia Putrajaya 2012 (24-27 Mei 2012)


 Pada 24 Mei 2012(Khamis) yang lalu, seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada 37 orang ahli pengakap Kumpulan 57 SMK Senggarang dan 3 ahli pengakap dari SMK Convent Batu Pahat diiringi 4 Pemimpin telah bertolak ke Putrajaya bagi menyertai Jambori Pengakap Jutaan Belia Putrajaya 2012. Jambori yang berlangsung selama 4 hari itu menyaksikan penyertaan ahli pengakap SMK Senggarang dalam pelbagai acara seperti sukarelawan, pelancaran konvensyen, konsert, aktiviti radio amatur, malam kebudayaan serta Larian Ekiden peringkat Antarabangsa. Secara tidak langsung, penglibatan peserta dalam program ini telah membuka ruang bagi peserta memperolehi pengalaman dan mengumpul sijil penglibatan peringkat kebangsaan dan antarabangsa hanya dalam satu tempat(All in One). Aktiviti berakhir pada 27 Mei(Ahad). Semoga para peserta dapat memanfaatkan pengalaman dan ilmu yang diperolehi dalam memperkasakan kumpulan 57.

"Selalu Sedia untuk Pandang Luas"


Para peserta Jambori dan guru pengiring merakamkan kenangan bersama Bonda Hanim dan Tn. Hj. Omar Ponamin.

memasukkan barang dan beg kedalam bas

bersedia memulakan perjalanan

Taklimat oleh En. Kama Azhar sebelum memulakan perjalanan

Sewaktu tiba di Putrajaya sekitar pukul 2 petang

peserta mengangkat beg dan barang ke tapak perkhemahan

mendirikan khemah, mencari 'Port Baik'

Sempat lagi ber'posing' sewaktu mendirikan khemah

bendera Johor dikibarkan sebagai identiti kontinjen

Merakamkan kenangan bersama Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat baharu; Tn. Abu Khan di Pintu Gerbang Kontinjen Johor