Tuesday 16 April 2013

Pertandingan Kawad Kaki NGO/GO/KRS Daerah Batu Pahat 2013

Tahniah kepada ahli pasukan kawad kaki pengakap perempuan Kump.57, SMK Senggarang kerana kegigihan berjuang dalam pertandingan kawad kaki yang saban tahun diadakan. Walaupun kemenangan tidak berpihak kepada kita namun pengajaran yang diperolehi ialah kita harus lebih gigih dan tekun dalam usaha memantapkan pasukan kawad kaki ini. Terima kasih kepada Tn. Helmi, Pika, Wani dan Comek Comot yang sentiasa bersemangat memberi sokongan dan tunjuk ajar. Semoga kejayaan akan diperoleh pada masa depan. Terus Usaha untuk Maju & Jaya!

sempat melaram sebelum memasuki padang kawad


inilah barisan kita!


wani yang tidak jemu melayan karenah adik-adik

kebengisan ketua platun

Pn.Rohaidah(guru pengiring pengakap) & Pn. Zarina(guru pengiring PPI)

SELALU SEDIA UNTUK PANDANG LUAS!