Tuesday 8 July 2014

Meraikan Hari Lahir Pn. Hjh. Hanim ke-57

Pada 07/07/2014 kumpulan pengakap 57 SMK Senggarang telah membuat sambutan kecil meraikan hari lahir puan pengetua kesayangan, Pn. Hjh. Hanim binti Jantan simbolik kepada Kumpulan 57. Kami telah menghadiahkan gajet mini tanda kenang-kenangan hari yang amat bermakna itu.
Semoga Pn. Hjh. Hanim akan sentiasa berada dalam kesihatan yang diberkati, rezeki melimpah ruah, serta usia yang bermanfaat untuk terus memimpin SMK Senggarang. 
Amin.


gajet mini yang disiapkan oleh ahli pengakap tingktan 5

rakaman memori 07072014 di dalam pejabat pengetua

Sunday 25 May 2014

Jamboree Messenger of Peace (MoP) sempena Festival Belia Negara 2014 Putrajaya (22-25/05/2014)

Tahniah kepada 4 orang ahli pengakap Kumpulan 57, iaitu Amirul Aiman Pacharin, Aina Mardiha Harun, Mohd Aiman Ramli, Dan Hasbullah Hazim Rosli kerana telah mewakili kontinjen Batu Pahat ke Jamboree Messenger of Peace (MoP) sempena Festival Belia Negara yang dianjurkan di Putrajaya dari 22-25 Mei 2014. Spread the peace guys!



Tapak Subkem Kontinjen Johor

Kasihkan Binatang

Aiman bertemu sepupu yang telah lama terpisah =P


Tree of Hope


Punyalah banyak payung tapi tetap panas!






Perasmian MoP oleh KPN Dato' Seri Dr. Hj. Shafie bin Salleh



Tuan Abu Khan menerima penghargaan sebagai Ketua Kontinjen Johor



Monday 14 April 2014

Pertandingan Kawad Kaki NGO Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Batu Pahat 2014 (14/06/14)

Tahniah kepada pasukan Kawad Kaki (Lelaki) Kumpulan 57, SMK Senggarang kerana menyertai dengan jayanya pertandingan kawad kaki daerah walaupun sekali lagi tidak berjaya memenangi tempat. Perlu tambahkan usaha dan kesungguhan serta jangan pernah putus asa. Sokongan sentiasa bersama kalian!
persiapan sebelum pemeriksaan pakaian
Ketua Platun sedang melapor kepada Pegawai Pemeriksa




Hazwani(bertudung kuning), bekas ketua platun 2012 terus memberikan sokongan


Tuesday 25 March 2014

PENTARAFAN PENGAKAP RAJA NEGERI JOHOR 2014

TAHNIAH dan BERGUNUNG SYABAS 
kepada 
Amirul Aiman dan Izzat Haziq 
diatas penyertaan yang cemerlang sebagai calon Pengakap Raja 2014. 
Kesungguhan yang ditunjukkan akan menjadi lantera pembakar semangat 
generasi kemudian untuk meneruskan legasi 
Pengakap Raja Kumpulan 57, SMK Senggarang.

















Sunday 23 February 2014

Perkhemahan Ujian Sikap & Pra-Pengakap Raja 2014








Perkhemahan Ujian Sikap Pengakap Raja Negeri Johor, 2014
Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat
20-22 Februari 2014

Tahniah kepada 3 orang calon pengakap Raja (Izzat, Aina, dan Aiman) yang telah berjaya lulus ujian sikap tempohari. Kejayaan anda menjadi pembakar semangat ahli Kumpulan 57 yang lain untuk mencapai gelaran Pengakap Raja. Teruskan Kecemerlangan dan semoga berjaya dalam Ujian Pentarafan Pengakap Raja pada Bulan Mac nanti.