Saturday 22 September 2012

PERKHEMAHAN UKHUWAH PENGAKAP MALAYSIA 2012 (21&22 September 2012)

Tahniah kepada ahli pengakap yang menyertai 
Perkhemahan Ukhuwah Pengakap Malaysia 
Peringkat Kebangsaan 2012.


Pertandingan Taman Merdeka (29/8 - 19/9/2012)

Pada 29 Ogos 2012 hingga 19 September 2012 telah berlangsung pertandingan Taman Merdeka SMK Senggarang. Alhamdulillah, Kump. Pengakap 57 SMKS telah berjaya mendapat tempat ketiga diantara unit-unit beruniform yang bertanding. Semoga tahun hadapan memberi sianr baru bagi kejayaan kami!InsyaAllah.

ahli pengakap bertungkus-lumus menceriakan taman merdeka

antara mereka yang terlibat dalam usaha keras keceriaan

"SELALU SEDIA UNTUK PANDANG LUAS"

Saturday 15 September 2012

SAMBUTAN HARI RAYA PENGAKAP 57 (15 September 2012)

Terima Kasih kepada ahli pengakap yang menjayakan Sambutan Hari Raya Kumpulan 57 yang lalu..walaupun kehadiran kurang memuaskan tapi mereka yang hadir telah memeriahkan suasana..Pengakap Memang Meriah!!! terima kasih kepada mereka yang men'sponsor' makanan dan minuman. Terima kasih kepada Tn. Aziz Ismail yang telah menyumbang Hamper untuk hadiah pertandingan yang diadakan.


Terima Kasih kepada Saudara Mahdi yang menjadi penggerak utama aktiviti ini















Berlari Ke Langit!

Sunday 9 September 2012

PERTANDINGAN PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN MERDEKA PARLIMEN BATU PAHAT (9/9/2012)

Pada 9 September yang lalu, seramai 35 orang ahli Pengakap Kump. 57 telah menyertai pertandingan perbarisan sempena Sambutan Merdeka Parlimen Batu Pahat. Walaupun kurang berjaya, namun penglibatan di peringkat Parlimen seperti ini menunjukkan bahawa Pengakap merupakan satu badan yang melengkapi komuniti masayarakat. Terima Kasih kepada GPK HEM dan GPK KOKO SMKS yang memberikan kepercayaan kepada kumpulan kami.








Wednesday 18 July 2012

Majlis Anugerah Rambu dan Lencana Pengakap Kumpulan 57 SMKS 18 Julai 2012

Tahniah dan syabas kepada penerima-penerima Rambu Pengakap Muda Remaja, 
Sijil-sijil perkhemahan dan Lencana, serta sijil penyertaan ekspedisi berbasikal Pengakap. 
Teruskan kejayaan dan menyokong kumpulan 57! 


Terima Kasih diatas keduian Pesuruhjaya Pengakap Daerah, En. Abu Khan bin Misran menyempurnakan majlis

Tuan Abu Khan menyampaikan ucapan perasmian

merakam memori

sebahagian penerima rambu pengakap muda dan remaja, Syabas!

"SELALU SEDIA UNTUK PANDANG LUAS"

Sunday 15 July 2012

Jambori Sempadan Malaysia-Thailand 2012 (6-14 Julai 2012)

Tahniah dan Syabas kepada Mohd Faez Daneal dan Siti Mira Iryanti kerana terpilih mewakili negeri Johor ke Jamboree Sempadan malaysia-Thailand 2012 di Pakbang Scouts Camp, La Ngu, Hatyai, Thailand.

Karp Kun Kap!

latihan pusat di Pusat KOKO Pulau Pinang

Kontinjen Johor berlatih untuk persembahan

Peserta Kontinjen Johor yang Sempoi

Mendengar taklimat sebelum bertolak ke Thailand

Berkumpul di Tapak Aktiviti

Disiplin Waktu dan Berbaris menjadi amalan Pengakap

Tuan Hikam bersama PemimpinPemimpin Negeri Lain dalam Majlis Penutupan 

Tuan HIkam bersama Tn. Hj. Parudi dari Pahang

Gerbang Sub-Kem Malaysia+Indonesia

Leasure Officer, kiri sekali(Ustaz Muhammad Shamsuddin) sangat berhemah dan Terbaeekkk!!

Kontinjen JOHOR

Kenangan bersama Hj. Abdullah(Pegawai Pelajaran Narathiwat) dalam hujan

Kesibukan bandar Hatyai

Kemeriahan Warna-Warni terselit kehodohan

Pakar pemain alat muzik 'Sasando'

Pasukan Pramuka Indonesia bersedia untuk persembahan koir

Faez,Tn. Hikam, dan Mira Iryanti

Thursday 21 June 2012

UJIAN PETARAFAN PENGAKAP RAJA 2012 (4 - 7 JUN 2012)

Tarikh: 4 - 5 Jun 2012
Tempat : Kem Jubli Intan Pengakap Tanjung Laboh
Peserta : Calon Pengakap Raja; Hazwani binti Mahadi

Tahniah kepada satu-satunya calon pengakap raja 2012, Hazwani Mahadi kerana ketabahan hatinya menyempurnakan ujian yang sangat mencabar. Diharapkan adik-adik pengakap dapat menjadikan 'Kak Wani' sebagai contoh untuk membuktikan ahli pengakap perempuan juga mampu berjaya. Bagi Ahli pengakap lelaki, buktikan kelelakian anda dengan menjadi calon pengakap Raja!


kenangan bersama Pesuruhjaya Latihan Negara






PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA PENGAKAP MUDA 2012

Assalamualaikum dan Salam Pengakap! Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Perkhemahan Ujian Lencana Pengakap Muda 2012. Seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagian. terima kasih segunung intan kepada AJK, fasilitator, petugas-petugas, dan mentor-mentor yang telah membantu. Semoga Allah memberkati jasa kalian.amin. Diharapkan agar program ini memberi pengalaman bermakna dan semoga program sebegini pada tahun hadapan akan lebih baik.insyaAllah.Gambar untuk aktiviti ini boleh dilihat di http://www.facebook.com/joker panggung .Kredit untuk Joker Panggung.Terima Kasih.

sebahagian ahli jawatankuasa yang terlibat

peserta yang berjaya menempuh 3hari2malam




"SELALU SEDIA untuk PANDANG LUAS"