Monday 27 May 2013

Perkampungan Pengakap Sempena Festival Belia Putrajaya 2013

Syabas dan tahniah kepada 24 ahli pengakap Kumpulan 57, SMK Senggarang yang telah menyertai dengan jayanya Perkampungan Pengakap sempena Festival Belia Putrajaya 2013 yang telah berlangsung di Presint 2, Putrajaya dari 23 Mei (Khamis) hingga 26 Mei (Ahad) 2013.. Setinggi-tinggi tahniah kepada kumpulan yang telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan inovasi yang dijalankan. Mereka berjaya membawa pulang netbook lenovo dan wang tunai RM400. Tahniah juga kepada 6 orang ahli pengakap lelaki yang membantu pasukan kawad tongkat JohorB yang berjaya mendapat tempat kedua. Penglibatan bersungguh-sungguh yang ditunjukkan akhirnya telah membuahkan hasil. Teruskan kecemerlangan pada masa akan datang.

mendengar taklimat sebelum bertolak

muka kontrol 'ayu' artis gyowmi


kenangan bersama Tuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri




"SELALU SEDIA UNTUK PANDANG LUAS"