Monday 5 August 2013

9th APR(Asia Pacific Regional) Air-Internet Jamboree

Tahniah!walaupun dalam keletihan melaksanakan ibadah puasa di dalam Bulan Ramadan, ahli-ahli pengakap tetap bersemangat melaksanakan aktiviti kepengakapan. Seramai 9orang ahli Kump.57 beserta beberapa orang lagi ahli pengakap dari SMK Permatajaya, Sekolah Tinggi, SMK Tun Sardon dan SMK Sri Gading telah menjalani aktiviti ini. Tahniah kepada Zuhaily Roslizam yang telah memperdengarkan bacaan Al-Quran pada majlis penutupan. Tahniah juga sekali lagi kepada Zuhaily dan Aiman Pacharin kerana diangkat sebagai peserta terbaik program. Ini membuktikan ahli Kump.57 sangat berbakat dan berkarisma.
Teruskan kecemerlangan walau di mana anda berada!