Thursday 1 March 2012

Teori dan Praktikal Istiadat Mengibar Bendera dan Istiadat Menurunkan Bendera

Tarikh   : 29 Februari 2012 (Perjumpaan Unit Beruniform Hari Rabu)
Masa     : 3.00 ptg - 4 ptg
Tempat  : Bilik Gerakan SMK Senggarang (Teori) dan Padang SMKS (Praktikal)

Ahli bersedia untuk istiadat mengibar bendera dengan pemantauan pemimpin kumpulan


 Cuaca yang sedikit gerimis tidak menghalang ahli pengakap untuk berlatih praktikal istiadat

Ketua Patrol yang bertugas berlatih untuk melapor kepada pemimpin bertugas

Walaupun masa yang agak suntuk, namun ahli-ahli masih mampu menjayakan teori dan praktikal istiadat Mengibar bendera dan menurunkan Bendera. Diharapkan agar selepas ini, istiadat ini akan dijadikan rutin setiap kali sebelum perjumpaan dimulakan dan sebelum menamatkan perjumpaan bagi memahirkan setiap ahli dengan perjalanan istiadat tersebut. Semoga Pengakap Kumpulan 57 terus menuju mercu kegemilangan.

"Selalu Bersedia untuk Pandang Luas"