Tuesday 10 April 2012

PERTANDINGAN KAWAD KAKI NGO DAERAH BATU PAHAT 2012 (10 APRIL 2012)

Sejuta tahniah kepada ahli pasukan kawad kaki pengakap yang telah menyertai pertandingan kawad kaki NGO Daerah Batu Pahat 2012 di Kem Jubli Intan Tanjung Laboh, Batu Pahat. Seramai 33 orang ahli telah menyumbang keringat, lelah dan penat di padang kawad. Latihan berbulan yang telah dijalankan akhirnya dibuktikan. Segunung terima kasih kepada semua, terutama ibu bapa yang berdoa, guru-guru yang menyumbang usaha, jurulatih (Mahadi, Hazirah, Hairi, Shahin, dll) yang sabar dan percaya, serta ahli pasukan yang tak kenal erti putus asa. Hanya RobbilIzzati yang Agung dapat membalas apa yang tak mampu dibalas didunia.

persediaan bersama ahli pasukan Puteri Islam sebelum berkawad

Terpaksa berkongsi kasut, sarung tangan, dan perasaan gementar

bersedia menggempur padang kawad

puteri-puteri pertiwi

mengurus menyimpan kasut baharu kedalam kotak

sekitar pertandingan kawad kaki peringkat sekolah

sewaktu pertandingan sebenar (10 April 2012)


"SELALU BERSEDIA UNTUK PANDANG LUAS"


Kawad Kaki MSSD Batu Pahat 2012

Akhirnya, atas reputasi baik yang ditonjolkan, pasukan Pengakap 57 sekali lagi terpilih mewakili SMK Senggarang untuk pertandingan Perbarisan Kawad Kaki MSSD Batu Pahat 2012 di Stadium Jalan Ampuan pada hari Khamis, 22 Mac 2012.

Pasukan Pengakap 57 sedang bersedia di petak NO.3 dengan penuh kesabaran

ketua platun(kiri sekali) sedang merenung peluang kemenangan pasukannya



Walaupun sekali lagi gagal membawa pulang kejuaraan, anak-anak pengakap ini tetap bangga bersama menjunjung nama SMK Senggarang dalam kejohanan tersebut. Semoga tahun mendatang akan memberi sinar kejayan kepada kita.amin.

"Selalu Sedia untuk Pandang Luas"